Cappuccino a.k.a Kopi susu



        Tarikh: 11 Safar 1431H

        Masa: 10.10 pagi

        Tempat: masih di tepi kedai serbaneka Ikhwan(duduk di meja batu)

        CAPPUCCINO a.k.a KOPI SUSU

        Kami mempunyai dua pupu perempuan yang cantik. Dia berkahwin dengan seorang lelaki Sudan. Begitulah jika sudah jodoh. Bak kata pepatah ‘ikan di laut, asam di darat dalam belanga bertemu juga”....Hemm...macam pernah dengar pula pepatah ini dinyanyikan di mana-mana ya...Oh ya lagunya berbunyi begini “ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat...”, dinyanyikan dalam filem ‘tuut’...hihihi...cuba teka filem apa ya?

        Mereka tidak bercinta sebelum kahwin tetapi bertaaruf semasa belajar di Universiti Islam Tempatan. Mereka kemudian dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel. Kami suka menggelar mereka berdua cappuccino. Sebab warna kulit yang seperti kopi dicampur susu. Sepupuku suami isteri mendidik anak-anaknya bersyukur dan berjiwa besar semenjak kecil. Dia akan bertanya kepada anak-anaknya

           “Siapa kulit hitam?”

Anak-anaknya dengan senang hati menjawab

           “Saya hitam!”

Dia bertanya lagi

           “Siapa jadikan hitam?”

Anak-anaknya menjawab

             “Allah!”

        Anak-anak manis itu tidak merasa rendah diri mengakui hakikat mereka berkulit gelap sekalipun ketika diejek oleh kanak-kanak lain. Nenek dan datuk mereka juga selalu berpesan, “Biar kulit hitam, jangan hati yang hitam. Kulit hitam tidak bawa ke neraka. Hati hitam jika tidak taubat, nerakalah padahnya”

         Paling membanggakan anak-anak itu boleh berbahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Sudan. Bagaikan secawan kopi susu, sedap unik dan menarik! Oleh itu aku ingin berkongsi dengan semua diari yang aku namakan capuccino. Diari ini memaparkan berbagai cerita kehidupan yang menarik yang ditulis dalam bentuk catatan peribadi, cerpen dan kisah lucu.

p/s: Pernah sekali dahulu, kami datang berhari raya di kampung sepupuku. Kami dihidangkan dengan juadah hari raya dan kopi. Apabila diajak budak berdua itu minum bersama, mereka enggan. Kata si kakak “Kami minum sirap sahajalah. Minum kopi nanti jadi lagi hitam” Apa lagi terburailah tawa kami semua. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

CERITA-CERITI