DAIRI SEORANG HAMBA ALLAH


 





Salam ukhwah dan mahabbah aku ucapkan. Selamat menghayati tahun hijrah yang mulia. Hari di mana bermulanya sejarah agama dan bangsa Islam yang baharu. Dipimpin oleh seorang lelaki unggul, Muhammad bin Abdullah. Dialah Rasulullah SAW, kecintaan seluruh makhluk di langit dan di bumi. Moga-moga kita dapat menghayati hijrah baginda dan para sahabatnya lahir dan batin. Terutamanya agar kita dapat menghijrahkan roh kita daripada mengamalkan mazmumah kepada mahmudah yang terpuji. Mencontohi baginda dan seluruh keluarganya serta para sahabat baginda dalam semua aspek kehidupan kita. Memperjuangkan Al-Islamud dinul hayat. Islam adalah cara hidup. Islam is the way of life.

          DEDIKASIKU

Buat semua yang membantu rohku: Tuhanku, rasulku, mursyidku, suamiku, ibubapaku, anak-anakku, kerabat keluargaku, ikhwan seperjuanganku, kawan-kawanku dan insan-insan yang pernah singgah di dalam kehidupanku, meskipun aku telah lupa atau tidak aku kenali. Kalian memberi ilmu dan pengalaman bermakna di dalam kehidupanku. Seperti pesan guruku: Ambillah ilmu walau daripada seorang budak, agar kamu tidak termasuk golongan orang yang sombong. Maafkan segala dosa-dosaku samaada yang aku sedar atau tidak aku sedari. Ku hadiahkan ummul kitab Al-fatehah buat semua umat Islam di seluruh dunia, samaada yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepada Allah...

p/s: Aku mahu guna tarikh hijrah dalam diari ini. Biar semua orang rajin-rajin belek kalender hijrah. Terutamanya diriku sendiri. Andai ada orang kata “kau ini terlampau islami sangatlah”, aku akan jawab “itu lebih baik daripada aku tidak islami langsung...huhuhu...” 

     

       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

CERITA-CERITI