Serawa Durian Bonda...

Tarikh: 15 Safar(Ahad)
Masa: 1.11 tengahari
Tempat: rumahku

Berbagai-bagai juadah masakan bonda yang menjadi kesukaanku semenjak kecil. Paling aku gemar, rendang udang harimau dan serawa durian, alah, pulut yang digaul dengan durian dan santan itulah...pernahkah kalian rasa nikmatnya? lazatttt... Oh ya, jika hendak resepinya, boleh aku perturunkan di sini. Tetapi resepi serawa durian sahajalah, andai dairi ini penuh dengan resepi makanan kegemaranku, boleh jadi ia bukan lagi sebuah catatan peribadi tetapi sebuah buku resepi seperti karya chef Hanieliza Kamarudin yang sedang masyhur di PTS. Sdn.bhd itu. ok, inilah resepi serawa durian bonda versi negeri Perak...
ada juga serawa durian yang dimasak semacam pengat...tetapi inilah resepi bonda dan kebanyakan rakyat di Perak Darul Ridzuan...mungkin pada sesetengah orang ianya semacam serawa + pulut durian

SERAWA DURIAN BONDA
1-2 pot beras pulut (sukatan seperti masak nasi. Mengikut berapa ramai yang hendak makan)
5-6 ulas durian
1 cawan minum santan segar
gula secukup rasa
garam secukup rasa
daun pandan( bagi mengharumkan)
cara-cara penyediaan
Langkah 1
Tanak atau kukus pulut. Pastikan pulut sudah dibasuh bersih. Urus/tunggu pulut sehingga masak.
Langkah 2
Masak santan, gula, sedikit garam, daun pandan di atas api yang perlahan. Apabila semuanya sudah sebati, matikan api. Pastikan santan tidak pecah minyak. Nanti tidak sedap rasanya.
Langkah 3
Apabila pulut dan santan sudah siap dimasak. Gaulkan isi durian, santan dan pulut sehingga likat dan cantik. Jangan terlampau banyak santan, nanti serawa lembik. Jangan pula terlalu sedikit, nanti serawa kering dan keras. Apabila selesai, hidangkan dalam sebuah pinggan/bekas/cawan yang cantik berlapik daun pisang. Siap untuk dihidangkan. Bagi yang tidak mahu menggunakan durian, bolehlah menggunakan buah mangga. Tetapi jangan digaulkan sekali dengan pulut, hanya dihiris dan dimakan dengan pulut santan tadi. Bagaimana? Mudah bukan? Cubalah! Kecur air liur aku apabila teringatkannya.
Aku terkenang semasa kecil adikku yang ke 6, pernah memuji cucur bilis ibuku sedap sangat-sangat. Lebih sedap daripada makanan lain. Kami semua ketawa terkekeh-kekeh. Cucur bilis yang ala kadar itu bolehkah bertanding dengan ayam goreng atau masakan lain? Tetapi, air tangan ibu, siapa yang boleh tandingi? Sebab itu aku selalu ingatkan diri sendiri dan juga rakan-taulan, jangan dibiarkan anak-anak makan air tangan pembantu rumah sahaja atau asyik makan di luar. Nanti lambat laun, hubungan kasih sayang ibu dan anak akan menjadi renggang.
p/s: Itulah pesan ibuku yang cuba aku amalkan(walaupun kadang-kala diri dilanda malas...hemm...parah...parah....)

aku import gambar-gambar serawa durian yang mengiurkan buat tatapan semua. terima kasih kepada penyumbang-penyumbang gambar di internet...:D







mesti kawan-kawan semua teringinkan. Orang nusantara mana boleh berpisah dengan durian!






ini serawa durian dengan roti jala tanpa pulut, yumm...yumm...





makan dengan roti biasa pun layan juga....





Ya tuan dan puan, serawa durian bonda lebih menyerupai yang ini. Cumanya versi ini tidak ada santan gulanya.
Oh, aku sudah terliur amat...petang nanti aku hendak beli durian di pasar malam...oh Serawa Durian Bonda...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

CERITA-CERITI