MIMPIKAN AYAH

Tarikh: 14 safar (sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: dalam bilik menaip di depan laptop





Malam tadi aku mimpi ayahku mati. Dia nazak dan akhirnya melafazkan syahadah di pangkuanku. Aku menangis macam hendak gila. Tetapi suaraku tertahan sahaja di dalam kerongkong. Awal pagi itu usai solat subuh dan berdoa, aku bertanya kepada Zauji. Apa maksud mimpi itu? Perlukah aku beritahu kepada ayahku? Almaklumlah, walaupun sudah berkahwin dan punya cahayamata, sewaktu kecil aku sangat rapat dengan ayah. Anak perempuan sulunglah katakan...
“Pernah dengar tentang Ibnu Sirin?” Tanya Zauji
“Pernah. Tetapi ingat-ingat lupalah”
“Dia adalah seorang ahli tafsir mimpi di zaman dahulu. Jika tidak percaya cari di internet tentang dia. Menurut Ibnu Sirin, maksud mimpi mengikut orang pertama yang mentafsirkannya. Jika orang pertama itu memberikan tafsir yang baik, Insyaallah jadi baik. Jika dia memberi tafsir yang buruk, jadi buruklah.”
“Cop...cop...!! awak jangan tafsir dahulu mimpi saya. Tarik nafas, hembus dan tafsirkan yang baik-baik sahaja ya...” suruhku. Jantungku berdegup kencang macam irama dangdut dag...dig...dug...aduh...duh...duh...
“Jangan risau, mengikut ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Ghaus dalam kuliah bulan lepas, jika kita mimpi seseorang mati, itu petanda baik bagi orang itu. Tafsirnya, salah satu sifat mazmumahnya(sifat nafsu jahat) telah Allah buangkan”
“Betulkah begitu?” Tanyaku dengan ceria. Hilang mendung yang menyelubungi hati berganti gembira buat ayah di kampung. Ya Allah, perbaikilah ayahku dan ibuku zahir dan batinnya. Selamatkanlah seluruh keturunanku dan kaum kerabatku daripada nerakaMu...amin...
“InsyaAllah...” Jawab Zauji sambil tersenyum
“Alhamdulillah...syukran ‘Ji’. Ana uhibbuka...” ucapan ku membuatkan Zauji tersenyum meleret...
“afwan ya habibati...” balas Zauji penuh mesra. Nah, giliran aku pulalah tersenyum sampai ke telinga... ☺
• Zauji = suamiku
• Syukran = terima kasih
• Ana uhibbuka = aku cinta kamu
• afwan ya habibati = sama-sama, sayangku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

CERITA-CERITI