KESAYANGAN FATIMAH AZZAHRA

Tarikh: 27 Safar(Khamis)]
Masa: 4.00 ptg
Tempat: di rumah Mak Cek...

Tuan/Puan/Cik/Cikpuan...Bersempena bulan Rabiulawal yang makin mendekat, mari kita memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah tanda kita cinta amat kepada baginda. Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi wasahbi wassalam...

ANAK-ANAK CAHAYAMATA

Anak-anak itu aset ibubapa
akan jadi aset negara dan banga
Oleh itu, zaman kanak-kanaknya lagi
mereka itu hendaklah dijaga dengan sebaiknya

kalau di rumah ibubapalh yang mendidiknya
kalau di sekolah atau madrasah, guru-gurulah yang mendidik
didiklah mereka dengan iman serta kasih sayang
didiklah dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman

Oleh itu di masa kanak-kanak
jangan di manjakan atau di mewah-mewahkan
beri mereka iman dan kasih sayang
supaya mereka menjadi abid dan pejuang Allah
supaya mereka menjadi warganegara yang baik
di masa hadapan

dipetik dari album Diwani: Satu Cinta
penyanyi: Hasnol Jamal Sulaiman

Anak- anak itu nikmat Allah yang paling bahagia...AISYAH AL-HUMAIRA'

Ismatul Adibah, comelnya...wajah mu betul-betul mirip bondaku tercinta...

Alahai keletahnya dia...ya fuadi, ya habibati, ya qalbi, ana uhubbuki...Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi Muhammad...



Fathiyatul Araanib, semoga akhlak mu indah seindah wajahmu. Semoga engkau mengulangi sejarah para wanita kekasih Allah. Begitu juga adik-adikmu...amin...FATIMAH AZZAHRA

Si kembar, Saedah Jalilah dan Saedah Jaaliyah. di usia 2 tahun

Jaaliyah, cunlah...huhu...MARYAM ASSADIQAH


Si cantik Jalilah, apabila bergaya, kepalanya teleng...KHADIJAH ALKUBRA


Sayyidah Nafisah yang sangat kreatif...tengoklah, habis disapunya bedak ke muka. Cam tepung gomak sudah bah...ASIAH AHLILLAH

XPDC ke zoo negara sebelum bersalinkan Ismah. Bersama suami, anak-anak dan adik-adikku. Aina dan Afiqah...
Hemm...kalau sudah kaki berjalan tu, sehari sebelum bersalin pun masih berjalan-jalan lagi...

kalau terlampau seronok beginilah jadinya...ah, anak-anak...

keluarga adalah sesuatu yang amat bernilai. Dalam al-Quran, Allah minta kita selamatkan diri kita, kemudian keluarga kita daripada api neraka. Alangkah ruginya orang yang tidak menyayangi keluarganya dengan iman dan lilmu di dunia. Sedangkan di akhirat semua hubungan keluargaan terputus melainkan hubungan kekerabatan dengan Rasulullah sahaja.

Ulasan

Ashraf Yusof berkata…
Assalamualaikum akak,

Pertama, saya peminat setia karya akak dan alhamdulillah DIA perkenankan saya memiliki dua buah novel nukilan akak - Tabik Cikgu dan J.I.N.

Sungguh kemas dan cantik gaya penulisan akak. InsyaALLAH jika diperkenankan oleh ALLAH, saya juga mahu mengikut jejak langkah akak yang berdakwah melalui bidang penulisan.

Oh, ya! Sebelum terlupa, saya juga mengkagumi keluarga besar akak dalam post ini. Saya juga punya keluarga yang besar tetapi belum lagi terasa iklim addinnya. Doakan saya berjaya mengislahkan keluarga saya ya.

Salam tulus,
Ashraf Yusof.
JHaZKiTaRo berkata…
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)
seorang hamba berkata…
asharaf yusuf: salam maulidurrasul buat semua yang sudi membaca. kepada didoakan semoga impian anda tercapai....Berbuatlah, Allah dan orang mukmin akan menilainya...semoga berjaya...

jhazkitaro: salam maulidurrasul kembali...jemput ziarah lagi ke sini....insyaallah saya akan ke blog anda...

Catatan popular daripada blog ini

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

CERITA-CERITI