
Tarikh: 20 Safar(Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: di sebuah restoran masakan Padang
Aku dan dua orang kawan singgah makan di sebuah restoran. Kami bertiga duduk di meja di bahagian belakang. Di hadapan kami kelihatan beberapa orang pemuda duduk berhampiran dengan seorang wanita cantik yang sedang makan seorang diri.
Pemuda-pemuda tersebut sibuk mengusik-ngusik wanita itu. Wanita itu pula tersenyum-senyum simpul dengan usikan mereka. Aku dan kawan-kawan hanya memerhati gelagat mereka. Tiba-tiba wanita tersebut sendawa,
“Blurrppp...!!!” Besar dan parau bunyi suaranya.
Pemuda-pemuda tadi tersentak. Wanita itu termalu dan segera beredar selepas membayar bil makanannya. Rupa-rupanya dia bukanlah seorang ‘wanita tulen’.
Aku tersenyum sendiri. Daripada peristiwa itu aku berfikir, soal lahiriah, orang boleh gunakan apa cara sekalipun bagi menipu tetapi mereka tidak dapat melawan dan menandingi fitrah sesuatu yang telah Allah tentukan. Sepandai-pandai dan sebijak-bijak manusia menipu mereka tidak akan dapat menandingi kuasa Allah.
p/s: Aku wanita tulen...
4 ulasan:
salam...
yang ORI adalah yang terbaik...
ya betul...
Catat Ulasan