Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

TERIMA KASIH YA RASULULLAH ATAS SEGALA JASA MU, SELAMAT HARI LAHIR WAHAI KEKASIH AGUNG...

Imej
Tarikh: 13 Rabiulawal(Sabtu) Masa: 1.00 tengahari Tempat: Di rumah baharu RASULULLAH YANG UMMI Semasa di sekolah rendah aku diajar oleh guru bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul yang ummi... "apa maknanya?" tanya kami "ertinya nabi yang tidak tahu membaca dan menulis" jawab guru itu. Sang guru juga menjelaskan tidak tahu membaca dan menulis itu bukan penghinakan bahkan satu bukti mukjizat Rasulullah yang mendapat ilmu laduni...ilmu yang diajar terus oleh Allah tanpa perantaran... Sungguh,meski masih kecil hati ku masih ragu tentang erti sebenar ummi, hati kecil ku bersoal jawab sendiri...bukankah erti ummi itu ibu dan kalau begitu kenapa Allah menggelarkan baginda Nabi Muhammad sebagai ibu?... Kini setelah 20 tahun berlalu, aku bersyukur kerana aku telah dapat jawapan yang tepat dan memuaskan hatiku... Aku ingin berkongsi ilmu ini dengan semua agar kita dapat memahami dan menghayati amalan di dalam kehidupan. JUga dapat mengukuhkan cinta kepada kekasih

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

Imej
Tarikh: 22 Safar(Sabtu malam) Masa: 10:23 malam Tempat: di ruang tamu, dikelilingi anak-anak dara suntiku... Allah menciptakan di dalam diri manusia ini dengan 4 anasir. Hati/roh, akal, nafsu dan jasad. Tanpa salah satu daripadanya, bukan manusialah kita, ini kerana Allah menjadikan haiwan tanpa akal dan Allah menjadikan malaikat tanpa nafsu. Jika kita tidak menggunakan akal anugerah Allah ini untuk mengenal, mencintai dan mentakutiNya, hinalah kita, malah lebih hina daripada haiwan. Tetapi jika kita menggunakan akal dan roh kita sepenuhnya untuk mengenal, mencintai dan mentakuti Allah subhanahu wa taala, maka Allah akan memuliakan manusia itu lebih daripada para malaikatNya. Setelah kita tahu apakah tujuan kita dihidupkan, seterusnya sudah tentu Allah menyediakan cara atau uslub bagi kita membangunkan diri kita ini. Namun begitu tidaklah Allah membiarkan manusia itu mencari-cari sendiri jalan-jalan untuk sampai kepadaNya. Bahkan Allah yang Maha pengasih da

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Imej
BUKAN HIPOKRIT - oleh Fatimahazzahra . “Dengar khabar Nurul tidak makan di kantin asrama?” “Ya, saya makan di café...” “Kenapa tidak mahu makan di kantin asrama? Tidak sedap?” “Hemm…kucing pun tiada selera mahu makan jika menunya asyik ulang yang itu-itu sahaja…” suara Nurul Alia keras sedikit. Matanya menjeling tajam bagaikan melepaskan geram. Tetapi dia tidak berani bertentangan mata dengan Cikgu Adil. Helma di sisinya terkulat-kulat menunggu reaksi sang guru. Cikgu Adil menerima kritikan murid tingkatan lima itu dengan lapang dada. Sekurang-kurangnya kritikan itu membuka matanya tentang apa yang disukai dan tidak disukai pelajar. Cikgu Adil baharu sahaja diberi tanggungjawab menjaga kebajikan penuntut-penuntut yang tinggal di asrama. “Baiklah, InsyaAllah saya akan cuba mengubah jadual menu mengikut apa yang terbaik buat pelajar-pelajar. Saya harap Nurul bolehlah berkerjasama dengan saya halal menyediakan menu yang halal dan berzat. Halalan thoyyiban” Cikgu Adil cuba meny

J.I.N-JANGAN IKUT NAFSU...

Imej
Tarikh: 18 Safar(Rabu) Masa: 10:27 pagi Tempat: Di balkoni bersama anak-anak ku yang keletah semuanya...:D Apabila kita menghasilkan sesuatu produk sudah tentu kita gembira untuk berkongsi dengan orang lain. Begitulah juga dengan diri ku. 3 tahun menceburi diri dalam dunia penulisan kreatif remaja, aku harap ada manfaat yang ku sumbangkan kepada agama, bangsa dan negara(dengan penuh semangat ni.... XD ) Ya Allah, jadikanlah apa saja pekerjaan yang aku usahakan sebagai slah satu bidang dakwah. Agar dapat mengajak manusia, membesarkan, mencintai dan mentakuti MU... Aku berlindung dengan MU daripada membesarkan diri sendiri dan glamor...amin.... J.I.N - JANGAN IKUT NAFSU RM16.50 PTSONE SDN BHD http://www.ptsone.com/ http://www.bookcafe.com/ SINOPSIS Abil dan Ichi dua orang kawan baik yang baharu tamat SPM. mereka mempunyai personaliti berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. dalam masa yang sama, Abil telah membuka satu rahsia kepada Ichi tentang

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian I

Imej
Tarikh: 16 Safar(Isnin) Masa: 4.50 petang Tempat: di depan laptop lagi Hari ini aku baca sebuah artikel kuliah yang sangat mengesankan. Aku pasti setiap manusia di atas muka bumi ini pasti pernah bertanya kepada orang lain atau diri sendiri, mengapa manusia hidup? Siapa yang menghidupkan kita? dan soalan-soalan yang berkaitannya. Tinggal lagi, usaha kita sendiri dalam mencari jawapan itu. Jika kita seorang hamba yang sedar diri amat memerlukan dan amat bergantung kepada Sang Pencipta hidup ini, tentulah kita akan cari jawapannya sampai bertemu. Sebab kita tahu, hidup lawannya mati. Setelah kita mati, kita akan dibangkitkan kembali kepada satu kehidupan yang kekal abadi, sudahkah kita bertemu jawapan? atau kita sedang berseronok-seronok di tempat persinggahan ini? atau kita tidak putus asa dan terus mencari? Inilah jawapannya, bersyukurlah kepada Allah kerana hari ini Dia telah memberikan jawapan itu kepada kita. Tuhan sedang berbicara dengan kita, seolah-olahnya "Ini aku tunju