HIKAYAT KELING


                                               masyarakat Malaysia indah 


Tarikh: 20 Safar 1432H
Masa: 5.30 ptg
Tempat: ziarah Rumah Amal Budi Bestari

As salam wbkt kepada semua kawan dan taulan di luar sana.
Lama amat aku tidak menulis di blog ini lagi. Meski banyak waktu aku telah usahakan menulis lagi di sini tapi Allah tidak izinkan nampaknya. Sempenan tahun baharu hijrah yang sudah berlalu 1 bulan ini aku harap Allah dan rasul berkenan melunakkan hati kita bagi dipimpin ke jalan kebenaran. Janganlah sampai kita termasuk orang-orang yang rugi di dunia akhirat….
Aku menulis tentang hikayat ini sebagai pembuka bicara 1934H ini bukanlah hendak menimbulkan kontroversi rakyat 1 malaysia yg berbilang kaum. Hanya sekadar menulis pandangan aku sebagai seorang penulis muda( yg belum pandai apa-apa) dan seorang anak melayu yang berbangga dengan sasterawan yang memartabatkan sastera dan budaya bangsa( asalkan seiring dan tidak melanggar syariat Allah)

Berbalik kepada isu di atas, aku menunggu keputusan kerajaan Malaysia berkenaan novel Interlok. Aku yakin ramai lagi masyarakat di luar sana yang sependapat dengan aku. Sekiranya kerajaan Malaysia tunduk dengan permintaan bukan-bukan daripada segelintir pihak itu, sesungguhnya kerajaan telah menzalimi sebuah karya terbaik dan penulisnya.

Keling...
.
 Sejak kecil kita sudah biasa dengan perkataan ini yang merujuk orang India. Aneh aku rasakan apabila mereka benci dan rasa hina dengan panggilan itu. Kenapa ya? Kata mereka ‘keling’ adalah panggilan hina bagi kasta rendah. Macam kata sekumpulan orang India yang ber'demo' di N9 beberapa minggu lepas. Mereka tidak mahu anak keturunan mereka dibelenggu lagi dengan sistem kasta hindu yang mencengkam hidup dan jiwa mereka
.
Lalu mereka minta perkataan pariah dalam Interlok dihapuskan. Datok Abdullah Hussien dimaki sehabis-habisnya. Seolah dia seorang rasis dan tiada berjasa kepada negara. Mereka sungguh tidak peduli dengan sejarah, sedang Interlok ditulis 42 tahun yang silam. Menceritakan hikayat sebenar rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang baik
.
Jika mereka begitu marah dengan Interlok, Jika amat bencikan 'keling' dan 'pariah' mengapa tidak marah dengan Tanjung Kling?




Masjid kapitan keling?


Benua keling

Dan… kerajaan Kalingga di India?

.
Apakah menteri-menteri berbangsa India hendak bawa perkara ini ke atas untuk dimansuhkan juga?
Macam beberapa orang besar kerajaan negeri Selangor mempertikaikan penggunaan tulisan jawi di papan tanda jalan yang dianggap mengelirukan..
.
ps: mengapa hendak terus menipu sejarah? terus bergaduhan kerana yang lepas? bukan kah kita ini hidup saling hormat menghormati dan mengasihi antara satu sama lain... kita daripada satu ibu dan bapa iaitu Adam dan Hawa. Tak kira apa pun bangsa kita.

ralat: Opsss... perkataan sensetif dalam Interlok itu 'pariah'..... Namun aku memang hendak menulis tentang keling yang turut dirasakan sensetif oleh mereka

Catatan popular daripada blog ini

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT

Mengapa manusia dihidupkan- bahagian II

CERITA-CERITI