Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

MARHABAN YA RASULULLAH

Imej
Tarikh: 1 RABIULAWAL 1432H Tempat: BCH Masa: 12.40 tgh MARHABAN YA RASULULLAH.... MARHABAN YA JADDAL HUSSIENI...MARHABAN YA HABIBULLAH...YA SAHIBAL AZMAN... RABIULAWAL bakal menjelang lagi. Bagaimanalah hendak digambarkan perasaan faqir ilallah ini… Sudahlah menyebut cinta kepada baginda melalui selawat pun masih dipaksa-paksa diri ku ini. Apatah lagi hendak menghayatinya dengan sepenuh jiwa dan raga. Malunya aku wahai kekasih junjungan. Tuan terlalu tinggi untuk didampingi. Namun hati ini terlalu rindu ingin bertemu. Hanya dengan mentaati dan mencintai pemimpin zaman ini maka rindu itu terubat sedikit. Ya mursyidku, pimpinlah anak-anak mu ini menuju cinta teragung. Kami tak mampu sendiri . Kami perlukan jemaah Islam ini bagi memnyempurnakan perjalanan hidup mati kami. Ya Habiballah, alangkah peritnya menunggu janji mu yang pasti di akhir zaman ini. Perit kerana sentiasa diperangi nafsu dan syaitan yang hasad dengki. Perit kerana kami bagai terasing di tengah manusia. Memang ter