Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

MENCINTAI AHLULBAIT SUMBER RAHMAT BUAT UMMAT

Imej
tarikh: 6 rabiulakhir 1432H tempat: fi baiti masa: petang Nas akan hak-hak yang perlu dipelihara bagi ahlulbait Ahlul-bait mempunyai beberapa hak yang harus dipelihara dengan baik oleh umat Islam. Antaranya, hak ke atas harta ghanimah, hak diselawati, hak untuk dicintai, diutama dan dijaga hubungan silaturrahim dengan mereka. Memperolehi harta ghanimah Allah SWT telah menentukan hak untuk mereka sebanyak seperlima dari harta ghanimah (harta rampasan perang). Firman Allah SWT : "Ketahuilah, sesungguhnya, apa sahaja yang kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnu sabil"(Al-Anfal:41) Tiada perbezaan pendapat mengenai harta ghanimah pada Aal Muhammad SAW, iaitu ahlul-bait baginda, Ummuhatul Mukminin, serta kerabat baginda dari Bani Hasyim. Nash memperolehi hak selawat dari umat Islam Ahlul-bait juga memperolehi hak ucapan selawat dari umat Islam sebagaimana yang telah