Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, sempena tahun 2012, Sampai juga umur kita ke tahun yang disebut-sebut dan diramal-ramal semua bangsa di dunia ni ya. Bagi kaum cina tahun ini tahun Naga emas. Bagi sesetengah bangsa lain pula tahun ini tahun ARMAGEDDON. Fuhh....penuh debaran tu...!
Tapi bagi kita umat Islam yang sangat menginginkan dan merindukan keamanan dunia, pertolongan cemas dan kedatangan pemimpin yang dijanjikan Allah untuk umat akhirzaman, ada rahsia yang lebih besar patut kita bongkar, RAHSIA SEGALA RAHSIA. Itulah manusia agung lagi mulia, Muhammad Rasulullah SAW. Dialah rahsia segala rahsia, cahaya di atas segala cahaya, ubat bagi seluruh penyakit dan anak kunci bagi segala kejayaan. Pemimpin yang paling dirindukan sepanjang zaman. Yang memberi harapan dan akan memberi pertolongan yang amat diperlukan oleh manusia. Jika kita mendapatkan dia, ertinya kita dapat segala-galanya. Kerana padanya ada rahmat dan bantuan Allah. Dialah pemilik cinta abadi. Selawat dan salam ke atas baginda, keluarga dan sahabatnya serta para jemaahnya sepanjang zaman.
Bersiap-sedialah dari sekarang. Jangan asyik mabuk dengan teori konspirasi saja. Sedangkan tahun hijriah 1433 sudah masuk bulan ke-2, bulan Safar. Hadis-hadis Rasulullah SAW jelas menyebut, Alfata Attamimi, Almahdi, Dajjal, Yakjuj makjuj, Nabi Isa almasih dan kiamat akan datang berturutan. Meskipun bukan sekarang, namun masanya makin mendekat. Jadi bersedialah mengusahakan iman dan taqwa melalui kehidupan berjemaah dengan dipimpin oleh pemimpin pilihan tuhan. Pemimpin yang membawa iman, ukhwah(kasih sayang), dan keselarasan. Pemimpin yang menjadikan Islam is the way of life. Paling utama, bersiap sedia untuk menghadapi kematian yang bakal tiba tanpa diduga. Bahkan Allah pun tak pernah berjanji hidup kita mesti sampai ke tua. Yang Allah janjikan HIDUP UNTUK MATI DAN AKHIRAT ITU ABADI.... salam sayang semua....maaf zahir dan batin...
Pssttt:- sebut pasal rahsia, nak kongsi satu rahsia...
CIKGU ADA RAHSIA 2012-1433
Cikgu Mukhsin kembali lagi bersama pelajar tingkatan 2 Terbilang dan kemeriahan di sekolah elit persendirian Sri Sultan Bani Hasyim. Pada mulanya segalanya berjalan cemerlang sehinggalah kemunculan pengetua baru iaitu Tuan Mahadi. Cikgu Mukhsin bagaikan terkena renjatan elektrik malah sikapnya juga berubah dan membuatkan pelajar-pelajarnya curiga dan keliru. Rupa-rupanya ada rahsia antara Cikgu Mukhsin dan pengetua baru itu ketika mereka sama-sama menuntut di Mesir dahulu.

0 ulasan:
Catat Ulasan