Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Serawa Durian Bonda...

Imej
Tarikh: 15 Safar(Ahad)
Masa: 1.11 tengahari
Tempat: rumahku

Berbagai-bagai juadah masakan bonda yang menjadi kesukaanku semenjak kecil. Paling aku gemar, rendang udang harimau dan serawa durian, alah, pulut yang digaul dengan durian dan santan itulah...pernahkah kalian rasa nikmatnya? lazatttt... Oh ya, jika hendak resepinya, boleh aku perturunkan di sini. Tetapi resepi serawa durian sahajalah, andai dairi ini penuh dengan resepi makanan kegemaranku, boleh jadi ia bukan lagi sebuah catatan peribadi tetapi sebuah buku resepi seperti karya chef Hanieliza Kamarudin yang sedang masyhur di PTS. Sdn.bhd itu. ok, inilah resepi serawa durian bonda versi negeri Perak...
ada juga serawa durian yang dimasak semacam pengat...tetapi inilah resepi bonda dan kebanyakan rakyat di Perak Darul Ridzuan...mungkin pada sesetengah orang ianya semacam serawa + pulut durian

SERAWA DURIAN BONDA
1-2 pot beras pulut (sukatan seperti masak nasi. Mengikut berapa ramai yang hendak makan)

MIMPIKAN AYAH

Imej
Tarikh: 14 safar (sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: dalam bilik menaip di depan laptop





Malam tadi aku mimpi ayahku mati. Dia nazak dan akhirnya melafazkan syahadah di pangkuanku. Aku menangis macam hendak gila. Tetapi suaraku tertahan sahaja di dalam kerongkong. Awal pagi itu usai solat subuh dan berdoa, aku bertanya kepada Zauji. Apa maksud mimpi itu? Perlukah aku beritahu kepada ayahku? Almaklumlah, walaupun sudah berkahwin dan punya cahayamata, sewaktu kecil aku sangat rapat dengan ayah. Anak perempuan sulunglah katakan...
“Pernah dengar tentang Ibnu Sirin?” Tanya Zauji
“Pernah. Tetapi ingat-ingat lupalah”
“Dia adalah seorang ahli tafsir mimpi di zaman dahulu. Jika tidak percaya cari di internet tentang dia. Menurut Ibnu Sirin, maksud mimpi mengikut orang pertama yang mentafsirkannya. Jika orang pertama itu memberikan tafsir yang baik, Insyaallah jadi baik. Jika dia memberi tafsir yang buruk, jadi buruklah.”
“Cop...cop...!! awak jangan tafsir dahulu mimpi saya. Tarik nafas, hembus da…

Cappuccino a.k.a Kopi susu

Imej
Tarikh: 11 Safar 1431HMasa: 10.10 pagiTempat: masih di tepi kedai serbaneka Ikhwan(duduk di meja batu)CAPPUCCINO a.k.a KOPI SUSUKami mempunyai dua pupu perempuan yang cantik. Dia berkahwin dengan seorang lelaki Sudan. Begitulah jika sudah jodoh. Bak kata pepatah ‘ikan di laut, asam di darat dalam belanga bertemu juga”....Hemm...macam pernah dengar pula pepatah ini dinyanyikan di mana-mana ya...Oh ya lagunya berbunyi begini “ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat...”, dinyanyikan dalam filem ‘tuut’...hihihi...cuba teka filem apa ya?Mereka tidak bercinta sebelum kahwin tetapi bertaaruf semasa belajar di Universiti Islam Tempatan. Mereka kemudian dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel. Kami suka menggelar mereka berdua cappuccino. Sebab warna kulit yang seperti kopi dicampur susu. Sepupuku suami isteri mendidik anak-anaknya bersyukur dan berjiwa besar semenjak kecil. Dia akan bertanya kepada anak-anaknya“Siapa kulit hitam?”Anak-anaknya dengan senang hati menjaw…

DAIRI SEORANG HAMBA ALLAH

Imej
Salam ukhwah dan mahabbah aku ucapkan. Selamat menghayati tahun hijrah yang mulia. Hari di mana bermulanya sejarah agama dan bangsa Islam yang baharu. Dipimpin oleh seorang lelaki unggul, Muhammad bin Abdullah. Dialah Rasulullah SAW, kecintaan seluruh makhluk di langit dan di bumi. Moga-moga kita dapat menghayati hijrah baginda dan para sahabatnya lahir dan batin. Terutamanya agar kita dapat menghijrahkan roh kita daripada mengamalkan mazmumah kepada mahmudah yang terpuji. Mencontohi baginda dan seluruh keluarganya serta para sahabat baginda dalam semua aspek kehidupan kita. Memperjuangkan Al-Islamud dinul hayat. Islam adalah cara hidup. Islam is the way of life.DEDIKASIKUBuat semua yang membantu rohku: Tuhanku, rasulku, mursyidku, suamiku, ibubapaku, anak-anakku, kerabat keluargaku, ikhwan seperjuanganku, kawan-kawanku dan insan-insan yang pernah singgah di dalam kehidupanku, meskipun aku telah lupa atau tidak aku kenali. Kalian memberi ilmu dan pengalaman bermakna di dalam kehidupan…