J.I.N-JANGAN IKUT NAFSU...

Tarikh: 18 Safar(Rabu)
Masa: 10:27 pagi
Tempat: Di balkoni bersama anak-anak ku yang keletah semuanya...:D

Apabila kita menghasilkan sesuatu produk sudah tentu kita gembira untuk berkongsi dengan orang lain. Begitulah juga dengan diri ku. 3 tahun menceburi diri dalam dunia penulisan kreatif remaja, aku harap ada manfaat yang ku sumbangkan kepada agama, bangsa dan negara(dengan penuh semangat ni.... XD )
Ya Allah, jadikanlah apa saja pekerjaan yang aku usahakan sebagai slah satu bidang dakwah. Agar dapat mengajak manusia, membesarkan, mencintai dan mentakuti MU...
Aku berlindung dengan MU daripada membesarkan diri sendiri dan glamor...amin....



J.I.N - JANGAN IKUT NAFSU
RM16.50
PTSONE SDN BHD
http://www.ptsone.com/
http://www.bookcafe.com/

SINOPSIS

Abil dan Ichi dua orang kawan baik yang baharu tamat SPM. mereka mempunyai personaliti berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. dalam masa yang sama, Abil telah membuka satu rahsia kepada Ichi tentang kebolehannya melihat alam ghaib. Mereka kemudiannya telah diperangkap dalam satu konspirasi yang membawa ke satu pengembaraan ajaib.
Abil dan Ichi telah bertemu dengan seorang gadis bernama Khaira di sebuah alam yang sukar diperjelaskan. Khaira hidup menderita akibat rasukan jin pemakan mimpi.
Setelah mereka kembali ke dunia nyata, Abil kemudiannya telah diamanahkan oleh Ustaz Ikrimah, untuk bersama-sama membantunya memulihkan Khaira. Ichi pula telah merakam peristiwa mereka di dalam sebuah novel.
Kisah pengembaraan mereka ini telah membawa kepada kesedaran diri bahawa, musuh sebenar manusia bukanlah manusia lain tetapi nafsu dan syaitan yang amat jahatnya. Musuh yang tidak pernah berhenti menyesatkan kita hingga kita akhirnya mengikut mereka ke neraka. Syaitan dan Iblis hanya mahu memerangkap kita dengan mempergunakan nafsu kita, oleh itu kita mesti berwaspada...JANGAN IKUT NAFSU....




SEMANIS SENYUMAN
RM13.90
PUSTAKA YAMIEN SDN BHD
http://www.shop.muslih.com.my/

Sinopsis

Sebuah antologi cerpen yang bertemakan Islam. Melalui cerpen dan nasihat yang dipetik daripada hadis dan sunnah Rasulullah SAW, penulis ingin membangkitkan semangat dan memotivasikan pembaca kepada permasalahan harian kita sebagai manusia amnya dan remaja khasnya.




TABIK CIKGU
RM 15.50
PTSONE SDN BHD
http://www.ptsone.com/
http://www.bookcafe.com/

SINOPSIS

Cikgu Mukhsin adalah seorang guru yang ‘cute’. Di sebalik wajah yang comel terdapat sekeping hati yang kental seperti WAJA. Dia baru berpindah ke sebuah sekolah persendirian. Di sana dia menjadi guru kelas tingkatan 2 Terbilang kerana guru asal cuti bersalin. Masalahnya sekolah elit ini menempatkan anak-anak orang kaya kelas atasan dan pertengahan yang manja dan mewah. Mereka cerdik-cerdik belaka tapi mereka sombong dan tidak terdidik.

Cikgu Mukhsin datang membawa perubahan. Membuat anjakan paradigma. Dia mendekati dan menawan hati mereka. 19 orang pelajar itu akhirnya cair dan jinak. Melalui Cikgu Mukhsin mereka belajar mengenal Tuhan dan akhirat. Mereka teringat semula nasihat-nasihat yang paling terkesan dalam hati mereka. Mereka mula menceritakan sedikit pengalaman hidup masing-masing. Selama ni semakin mereka meningkat remaja semakin banyak kebaikan orang kepada mereka yang telah mereka lupakan. Terutamanya kebaikan Tuhan. Cikgu Mukhsin membuka semula minda mereka. Cerita ini meliputi kisah suka, duka, cinta monyet, pergaduhan, lawak jenaka, kasih guru dan murid, sejarah, sains dan teknologi, ilmu pengetahuan, pengalaman dan perasaan kita sebagai hamba Tuhan yang lemah. Cerita zaman remaja yang indah berwarna-warni seperti pelangi.

Ulasan

TuanKelarias berkata…
KAMI TIDAK LG DI UFUK TIMUR PUAN, SINGGAH LER KE Http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

MENCINTAI AHLULBAIT SUMBER RAHMAT BUAT UMMAT

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT