Mengapa manusia dihidupkan- bahagian I

Tarikh: 16 Safar(Isnin)
Masa: 4.50 petang
Tempat: di depan laptop lagi






















Hari ini aku baca sebuah artikel kuliah yang sangat mengesankan. Aku pasti setiap manusia di atas muka bumi ini pasti pernah bertanya kepada orang lain atau diri sendiri, mengapa manusia hidup? Siapa yang menghidupkan kita? dan soalan-soalan yang berkaitannya. Tinggal lagi, usaha kita sendiri dalam mencari jawapan itu. Jika kita seorang hamba yang sedar diri amat memerlukan dan amat bergantung kepada Sang Pencipta hidup ini, tentulah kita akan cari jawapannya sampai bertemu. Sebab kita tahu, hidup lawannya mati. Setelah kita mati, kita akan dibangkitkan kembali kepada satu kehidupan yang kekal abadi, sudahkah kita bertemu jawapan? atau kita sedang berseronok-seronok di tempat persinggahan ini? atau kita tidak putus asa dan terus mencari? Inilah jawapannya, bersyukurlah kepada Allah kerana hari ini Dia telah memberikan jawapan itu kepada kita. Tuhan sedang berbicara dengan kita, seolah-olahnya "Ini aku tunjukkan jalan pada mu agar kamu sampai kepada Kami dan tidak menyesal di hari kebangkitan nanti"

Kerana apa manusia dihidupkan?
Satu persoalan yang memerlukan semua manusia memberi jawapan yang tepat. Andaikata jawapan yang diberikan itu tidak tepat menunjukkan dia tidak tahu hidup, walaupun ia pandai membangun, membuat kemajuan dan lain-lain. Ertinya ia telah gagal hidup di dunia. Bila gagal di hidup di dunia, dia akan gagal hidup di Akhirat.

Dari mana kita mahu jawapan bagi soalan tadi?. Mgkin ada orang kata tanya saja pada pendapat akal manusia, kita akan dapat jawapannya. Kalau kita tanya manusia, bukan sahaja dia tidak mampu beri jawapan yang tepat, bahkan bermacam-macam jawapan yang didapati dari setiap manusia di atas muka bumi ini. Walaupun manusia itu bijak, tidak semua dia dapat memberi jawapan sebab ajaran islam itu luas.

Kalau begitu jangan kita serahkan jawapan ini pada akal-akal manusia. Kita serahkan saja jawapan ini pada Allah yang telah menurunkan panduan hidup pada kita, Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Jawapan dari Allah adalah jawapan yang tepat, menjadi panduan hidup kita. Firman Allah:

“Yang benar itu datang dari Allah jangan ada di kalangan kamu yang membangkangnya”

Jadi Allah telah beritahu mengapa manusia dihidupkan. Firman Allah:

Maksudnya: “ Tidak Aku jadikan Jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Ku”
Az-Zariat 56

Dalil-dalil menunjukkan patutnya manusia ini mengaku sebagai hamba Allah adalah kuat, kalau kita bahas secara akal memang patut manusia itu jadi hamba Allah dan manusia itu sendiri bersetuju bahkan hati kecil manusia juga terus bersetuju.

Cuba kita bahas dengan akal. Bagaimana kalau orang panggil kita, “wahai saudara, saudara ni, hamba Allah lah”, bagaimana perasaan kita pada waktu itu?, tentu akal akan terima dan hati rasa puas. Walaupun tidak pernah sembah Allah. Mengapa akal dan hati bersetuju apabila orang panggil kita hamba Allah. Sebab akal dan hati bersetuju pada apa yang Allah setuju dan Allah juga setuju apa yang akal setuju.

Tapi bagaimana pula kalau orang panggil kita. “wahai! Saudara, saudara ni, hamba kereta, hamba rumah, hamba betina dan lain-lain. Bagaimana rasa, akal dan hati kita pada waktu itu? Akal kita tidak setuju orang panggil kita selain dari hamba-hamba Allah. Sebab apa hati dan akal tidak setuju? kerana Allah juga tidak setuju kita jadi selain dari hamba Allah. Jadi apa yang tidak disetujui oleh hati tidak juga disetujuioleh Allah.

Mahu tidak mahu, kenalah manusia ini menyembah Allah, sebab akal dan hati kecilnya setuju. Jadi, kalau masih ada lagi manusia yang tidak mahu sembah Allah, bukan saja dia menentang Allah bahkan dia menentang hati dan akalnya. Hakikatnya, orang itu menentang dirinya sendiri. Kalau dia menentang dirinya sendiri, dia tidak akan mendapat kebahagiaan, ketenangan jiwa, walaupun pangkat besar, gaji besar, rumah besar.

Apa bukti??. Kita tengok sahaja negara-negara barat yang begitu maju, mengapa ada kes-kes bunuh diri yang amat kronik, ada yang ditimpa penyakit jiwa, bahkan paling banyak berlaku di kalangan mereka yang terkenal dan berpangkat besar. Contohnya, artis-artis yang mati bunuh diri, bintang yang terkenal pula.
Sebab apa terjadi demikian? Bila tidak kenal Allah, tidak sembah Allah, mereka menantang hati kecil mereka, walaupun mereka dipuja manusia tetapi diri sendiri tidak bahagia. Oleh itu,atut sangatlah manusia itu menyembah Allah, untuk selamat di dunia dan Akhirat. Untuk mendapat bahagia yang hakiki.

Setelah kita tahu, kita ini patut menyembah Allah, tapi mengapa hati kecil ini tidak mendorong kita untuk menyembah Allah?. Sebab di dalam diri manusia itu ada 2 musuh batin yang sentiasa mengoda hati manusia, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Firman Allah:

Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” - Al A’raf 21

Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan” – Yusuf 53.

Jadi, dua musuh inilah yang melalaikan manusia dari menyembah Allah. Kalau takdirnya tidak ada dua musuh ini kita akan menjadi hamba Allh yang sebaik-baiknya. Sebab fitrah semulajadi manusia di alam Roh sudah kenal Allah.
Firman Allah : Allah bertanya pada roh manusia.......

Maksudnya: “Apakah Aku ini Tuhan kamu, kata roh, bahkan kami bersaksi Engkaulah Tuhan kami . Al A’raf 172.

Cara mana syaitan dan hawa nafsu mempengaruhi hati manusia? Cara membimbang-bimbangkan dan menggertakan hati contohnya, dia mengatakan pada kita, kalau kamu sembah Allah, ikut Al-Quran sungguh-sungguh, nanti susah, miskin, orang kata ketinggalan zaman dan lain-lain. Inilah yang menyebabkan hati bimbang saja nak buat kebaikan. Itupun di buat sikit-sikit sahaja, jika dia rasa tidak ada halangan. Sedikit sangat yang menjadi hamba Allah yang terpilih di atas muka bumi ini. Yang dilindungi Allah daripada diperbodohkan oleh nafsu dan syaitan.



Kita perlu faham, sudah menjadi sunnatullah, setiap manusia di atas muka bumi tidak dapat elak dari bala bencana yang Allah datangkan, ujian daripada Allah. Contohnya miskin, kalau dia boleh elak dari miskin, bolehkah dia elak daripada sakit? Semua orang kena sakit, kalau tidak sakit, bolehkah dia elak dari orang kata, fitnah orang? kalau boleh elak, apakah kita boleh elak dari bencana alam? bolehkah kita elak dari kematian orang yang kita kasihi, anak, isteri, ibu ayah?

Jadi, semua manusia tidak boleh lepas daripada ujian hidup. Orang kafir kena uji, orang islam pun kena uji. Orang tak sembah Allah kena uji, orang sembah Allah pun kena juga. Kalau semua manusia kena uji, bukankah lebih baik jadi orang mukmin diuji daripada jadi orang kafir, hidup tetap diuji juga. Bukankah lebih baik jadi orang sembah Allah dan diuji daripada jadi orang derhaka kepada Allah tetapi diuji juga. Kalau dia orang mukmin diuji, itu sebagai penghapusan dosa dan darjat di Akhirat. Kalau orang kafir diuji, itu kutukan Allah di dunia bahkan di akhirat masuk neraka pula.

Tidak ada alasanlah kita nak lari daripada menyembah Allah, kalau kita kata bila sembah Allah nanti susahlah dan sebagainya. Cuba kita baca dalam akhbar, apakah semua orang baik sahaja kena uji? Kena bunuh, kena rompak dan sebagainya? Tidak!, yang tak sembahyang pun banyak kena uji...

Bagaimana nak sembah Allah? Cara menyembah Allah ada 3 bahagian:
1. Ibadah Asas
2. Ibadah Fadha ilul a’mal- amalan-amalan utama
3. Ibadah yang lebih umum lagi – termasuk perkara-perkara harus- akan jadi ibadah jika tempoh 5 syarat.

i. Ibadah asas tadi- mempelajari, memahami, menyakini rukun iman yang 6 dan mempelajari, memahami
dan mengamalkan rukun Islam yang 5.
ii. Ibadah Fadha ‘ilul a’mal- baca Yassin, baca surah Mulk pada malam Jumaat, sembahyang sunat Isra', Dhuha, sunat rawatib, witir, tahajud, membaca ayat-ayat tertentu yang mengandungi tasbih, tahmid,tahlil, selawat dan lain-lain.
iii. Ibadah umum – termasuk perkara-perkara harus, akan jadi ibadah (ini lebih luas)
iv. Tempoh 5 syarat jadi ibadah
a) Niat mesti betul
b) Perkara yang dibuat mengikut syariat Islam
c) Perlaksanaan amalan mesti betul
d) Natijah iaitu hasil mesti baik dan bermanfaat
e) Jangan meninggalkan ibadah asas.

Kesimpulannya, inilah sebab-sebab mengapa manusia dihidupkan. Untuk menjadi hamba Allah yang beribadah kepadaNya seperti firman Allah yang bermaksud:

Maksudnya: “ Tidak Aku jadikan Jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Ku”
Az-Zariat 56


Ibadah yang asas dan Fadha ilul a’mal kalau dilaksanakan sungguh-sungguh akan membuahkan akhlak yang mulia. Ibadah buahnya Akhlak. Allah menilai ibadah seseorang itu, bukan kerana banyak tetapi sejauh mana ibadah memberi kesan kepada seseorang itu. Jadi kalau banyak ibadah, bertambah akhlaknya. Bukti Allah menilai ibadah itu pada akhlaknya, kita lihat sejarah dari hadis Rasulullah SAW

Maksudnya: “Sahabat berkata kepada Rasulullah SAW, saya kenal seorang wanita sangat kuat ibadahnya, berpuasa di siang hari dan bertahajud malam dan sedikit cacat pada akhlaknya, iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya. Kata Rasulullah, “tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu, bahkan dia menjadi penghuni Neraka”.
Yang bercakap itu Sodiqul Masduq, kalau baginda kata pasti masuk neraka, maka nerakalah tempat orang itu. Kecuali kalau dia bertaubat. Mengapa terjadi demikian? Kerana ibadah buahnya akhlak, wanita tadi, walau banyak ibadah tapi akhlak buruk, Allah tak nilai.

Ada satu lagi sejarah pada zaman Rasulullah. Dalam satu majlis ilmu. Seorang pemuda Rasulullah sebut 3 kali sebagai ahli Syurga akan datang dalam majlis itu, tiga kali Rasulullah sebut, tiga kalilah pemuda yang sama. Sebenarnya pemuda itu ibadah lahirnya tidak banyak, sedikit-sedikit sahaja. Ada juga ibadah sunat di samping ibadah asas....bila sahabat bertanya, apa amalannya? dia mengatakan, dia tidak pernah hasad dengki dengan orang lain, bahkan terlintas di dalam hatinya pun tidak. Inilah yang katakan akhlak mulia. Ibadahnya sedikit tapi berbuah akhlak. Itulah yang Allah nilai.

Akhlak itu ada dua:
Akhlak dengan Allah dan akhlak dengan manusia. Akhlak dengan Allah memiliki segala sidat-sifat mahmudah. Akhlak dengan manusia, seperti pemurah, rendah diri, memberi maaf, mudah minta maaf. Inilah sifat taqwa yang menjadikan manusia itu mulia di sisi Allah. Akhlak itu ibarat bunga, semua orang suka pada bunga.




Ibadah umum, ini paling banyak, ada yang berbentuk fardhu kifayah, sunat mua'kad, sunat ghairu mua’kad, kadang-kadang perkara harus ini, akan jadi ibadah jika tempuhi 5 syarat. Ibadah umum kalau dilaksanakan dapat melahirkan kemajuan, membuahkan tamadun. Contohnya berekonomi, tempuh 5 syarat jadilah ia ibadah. Jadi berniaga itu kemajuan dunia, di Akhirat Allah beri pahala. Inilah yang dikatakan indahnya ajaran Islam, buat satu perkara dapat 2 untung.

Jadi, kemajuan yang lahir di tengah masyarakat islam itu adalah dari pokoknya iaitu kerana menegakkan hukum. Makin banyak umat islam tegakkan hukum, makin banyaklah kemajuan yang dibuat. Itulah yang dikatakan lahirnya Tamadun Islam, tanpa bersandar pada orang-orang kafir. Inilah yang dikatakan pertimbangan ibadah dan jasmani atau material dan spritual. Inilah yang dikatakan kita mendapat kejayaan dunia dan Akhirat.

Ulasan

pak long berkata…
salam buat tuan blog....
ada beberapa bahagian pak long nak mintak izin copy....
moga catatan ini memberikan peringatan buat pak long...
seorang hamba berkata…
salam, terima kasih sudi berkongsi ilmu, ambillah yang mana paklong rasa bermanfaat. yang baik dari Allah dan rasul, yg buruk itu kelemahan saya
msalah sye??
haha.. trima kasih juga bkongsi ilmu agama... erm.. mohon copy ya tuan blog...

Catatan popular daripada blog ini

MENCINTAI AHLULBAIT SUMBER RAHMAT BUAT UMMAT

MARHABAN YA RASULULLAH

[cerpen] BUKAN HIPOKRIT